Followers

Search This Blog

Monday, September 15, 2008

Liku-liku hidupku..

Aduh..banyak yang telah aku lalui sepanjang tahun nie...bila difikirkan balik...banyak perkara yang telah berlaku dalam hidup aku...macam-macam dilemma yang berlaku...dalam...beberapa minggu yang lalu...ada la seorang lelaki..aku nak dia dikenali sebagai A...name yang digelar..yang membuktikan yang dia anak sulung...baru2 nie dia menawarkan aku jadi teman istimewa dia...aku tak la fikir sangat ape yang dia tawarkan 2...aku ingat dai buat lawak je..aku tak ambik kisah la...aku siap buat lawak lagi...lepas tue...dia tnye dia sayang aku atau tak...so..aku jawab yang aku sayang..tapi dia tak faham..sayang aku tue macam mane...salah aku jgak..tak jelaskn kat dia...rasa nak tolak..kesian plak kat dia...tapi buat masa sekarang aku tak beri kata putus lagi kat dia..tapi dia dah anggap lain...aku tak tahu nak buat macam mane...harap2 satu hari nanti dia akan faham jgk..yelah aku cuma sayang dia sebagai kawan..dan maybe abang kot...ntah aku pn tak tahu...sebelum hal itu aku tempuh...ada masalah lain yang menimpa kau...si H nie...dia luahkan perasaan dia kat aku...padahal aku tak kenal pun dia...kenal baru beberapa bulan...dah luahkan perasaan...straight to the piont betul la....ye la...senang je dia mengungkap cinta...ee...tak sanggup aku nak terima...dia cakap dia nak jaga aku...aku ada persoalkan..macam mane dia jaga aku sedangkan dia tak kenal aku...dah la jauh 100 batu...(maybe lbih kot)...ntah...aku tak cakap apa2 pn kat dia...dia harap..satu hari nanti aku akan terima cinta dia...eee...tergelak aku masa tue...mustahil untuk aku terima cinta dia....ah...mungkin hanya masa dan takdir yang akan menentukannya nanti..kita tak tahu...semuanya kuasa Allah....tapi semua orang mrngharapkan ynag terbaik...sama jugak macam aku....cinta pertama aku tenggelam bersama pengalaman silam yang tak mampu aku putarkan kembali.....aku hanya berdoa kepada Yang Esa ..semoga dia bahagia menjalani hidupnya..dan berjaya menggapai cita dan impiannya....Doaku sentiasa mengiringi langkahmu....

Wednesday, July 30, 2008

My Life..

Aduh..tension gile sekarang nie...banyak betul masalah yang menimpa...pening2...makin dekat nak exam..makin banyak masalah yang aku kena hadapi...MasyaAllah dugaan Allah besar sangat..,sekarang nie..aku ada..I mean classmate aku ngan aku sekali ada masalah dengan cikgu tersayang..@ mama aku @ mentor aku...argh..benci arr..air mata aku menitis gara2 hal ini...yelah..bayangkan teacher tak nak maafkan kitorg...dah banyak kali aku fikir nak mintak maaf ngan teacher..tp aku takut...bimbang teacher tak nak maafkan kitorg..actually aku pun tengah cedih nie..pasal kawan aku...cam tak nak rapat ngan aku lagi..yelah maybe diorang fikir aku nie pandai daripada diorang...aku rs diorang ngan aku nie setaraf je..hamba Allah jugak...nak salahkan mudir sebab buat sistem macam 2 tak leh jgk...redha je la...yang pasti aku nak aku mencipta kejayaan bersama2 kawan2 aku..bkn sorg diri...aku harap Allah beri aku kekuatan untuk hadapi semua nie...Amin...aku nak blah..byk lg keje tak siap...nanti aku sambung lain kali...InsyaAllah...

Saturday, June 14, 2008

Buah Hatiku..

Tentang Hidup...

Aku rasa hidup aku umpama drama...ya..sekarang aku sedang berlakon...entah berapa episod pun aku tak tahu...susah untukku lakarkan di sini...semua yang berlaku dalam hidup aku nie..macam tak logik...it's impossible...tapi yang pasti aku bukan pemain utama...aku cuma sebahagian daripada drama ini...aku cuma pendukung sahaja...rasa macam mimpi je...aduh..rasa macam nak pecah kepala je bila fikir soal nie...ia berlaku terlalu drastik...you know what..??tetiba je aku dapat news daripada mom aku yang abang aku dah married..aku jadik terkesima tiba2...mana taknya..sekelip mata je aku ada kakak ipar..ad ank saudara tiri 2 orang...sape la tak terkejut..parents aku tak dapat terima semua nie...tak guna punye kakak..pandai betul dia simpan rahsia...sepatah pun dia tak bagitahu aku..aku baru je tahu semalam...it's not a hot news anymore...aku memang dissapointed betul sekarang nie...dalam diam aku simpati kat kakak ipar aku yang tak jadi tue..kesian kat dia...actually,mom aku tahu daripada dia jugak...Ya Allah..dugaan ape yang menimpa keluargaku sekarang nie..aku tak tahu ape yang harus aku rasa sekarang..antara happy atau sad..or angry...tak terkata aku..aku tak tak tahu ape episod yang seterusnya..hanya Allah sahaja yang tahu...Aku harap ape yang bakal berlaku nanti buat family aku makin kuat..Aku doakan kakak ipar tak jadi aku tue bahagia..aku harap semua nie jadik pengajaran buat semua..dan aku harap Allah beri kesabaran untuk kami sekeluarga..Amin...

Sunday, June 8, 2008

Friend..

Kawan..

Definisi Kawan ialah seorang yang sentiasa berada di samping kita ketika kita gembira dan
sedih...Sukar untuk kita mencari kawan yang sejati..bak kata orang 'one in a million' kawan yang betul- betul sejati..Kawan yang betul-betul menghargai kita..Dalam hidup ini ada pelbagai jenis
kawan boleh kita jumpa...Ada kawan yang hanya muncul ketika kita gembira..Ada kawan yang sentiasa berada di samping kita..tak kira kita sedih..atau gembira...Ada kawan yang mengkhianati kawannya sendiri...Kita mestilah pandai menilai yang baik yang buruk dalam hidup kita..Jangan la sesekali salah memilih kawan...Dalam hidup kita..kita perlukan kawan.
Kawan la tempat kita berkongsi masalah...Kadang2 kawan kita inspirasi kita...Sebagai seorang pelajar..saya memerlukan kawan untuk study...untuk bergelak ketawa...Pokoknya..kawan memainkan peranan yang penting dalam hidup seorang pelajar selepas keluarga...Tapi kita janganlah sesekali melebihkan kawan kita...Kita haruslah meletakkan keluarga di tempat teratas..Bak kata orang putih..'family first'..Dalam hidup ini..kita memerlukan kedua-duanya..
Tanpa keluarga..hidup kita akan kacau bilau...tanpa kawan juga..hidup seharian kita sepi..
Nilai lah sendiri...Fikirkan yang terbaik untuk hidup kita...
Wassalam...

Thursday, June 5, 2008

Mukadimah...

Hidup ini pelbagai dugaan yang perlu kita tempuh...semuanya atas kesabaran kita untuk tempuhinya..Jika berbicara tentang hati pula...sukar diluahkan dan digambarkan bagaimana perasaan itu...Cinta itu sesuatu yang abstrak...Hanya seseorang pernah alami tahu bagaimana keadaan perasaan itu..Cinta itu ada banyak jenis..Cintakan Ilahi...Cintakan Ibubapa...Cintakan harta benda...Cintakan keluarga...Dan ramai alami Cinta sesama insan..iaitu penglibatan antara lelaki dan perempuan..Cinta ini sebenarnya ada baik dan buruknya...Kita jangan sesekali mencintai seseorang itu dengan sepenuh hati kita..kalau tak kita sendiri yang merana..kita sendiri yang terluka...Cinta yang berlandaskan Agama..adalah ikatan suci...Cintakan seseorang itu kerana Allah...InsyaAllah hubungan itu akan diberkati...Setiap kali kita memikirkannya..hati kita akan tenang dan kita juga sentiasa mengingati Allah ketika bersamanya...Namun jangan lah sesekali menangis kerana lelaki...Ia adalah sesutu yang tidak berfaedah..Jika kita menangis kerana Yang Maha Esa..ia sesuatu yang elok..Kita berserah la kepada Allah kerana jodoh pertemuan itu ketentuanNya..Kita hanyalah hambaNya yang kerdil...InsyaAllah jika ia sesuatu yang elok..ia akan diberkati dan lantas direstui Ibubapa mahupun masyarakat..tapi yang penting Allah menyukainya...Renungilah...
Wassalam...