Followers

Search This Blog

Saturday, June 14, 2008

Buah Hatiku..

Tentang Hidup...

Aku rasa hidup aku umpama drama...ya..sekarang aku sedang berlakon...entah berapa episod pun aku tak tahu...susah untukku lakarkan di sini...semua yang berlaku dalam hidup aku nie..macam tak logik...it's impossible...tapi yang pasti aku bukan pemain utama...aku cuma sebahagian daripada drama ini...aku cuma pendukung sahaja...rasa macam mimpi je...aduh..rasa macam nak pecah kepala je bila fikir soal nie...ia berlaku terlalu drastik...you know what..??tetiba je aku dapat news daripada mom aku yang abang aku dah married..aku jadik terkesima tiba2...mana taknya..sekelip mata je aku ada kakak ipar..ad ank saudara tiri 2 orang...sape la tak terkejut..parents aku tak dapat terima semua nie...tak guna punye kakak..pandai betul dia simpan rahsia...sepatah pun dia tak bagitahu aku..aku baru je tahu semalam...it's not a hot news anymore...aku memang dissapointed betul sekarang nie...dalam diam aku simpati kat kakak ipar aku yang tak jadi tue..kesian kat dia...actually,mom aku tahu daripada dia jugak...Ya Allah..dugaan ape yang menimpa keluargaku sekarang nie..aku tak tahu ape yang harus aku rasa sekarang..antara happy atau sad..or angry...tak terkata aku..aku tak tak tahu ape episod yang seterusnya..hanya Allah sahaja yang tahu...Aku harap ape yang bakal berlaku nanti buat family aku makin kuat..Aku doakan kakak ipar tak jadi aku tue bahagia..aku harap semua nie jadik pengajaran buat semua..dan aku harap Allah beri kesabaran untuk kami sekeluarga..Amin...

Sunday, June 8, 2008

Friend..

Kawan..

Definisi Kawan ialah seorang yang sentiasa berada di samping kita ketika kita gembira dan
sedih...Sukar untuk kita mencari kawan yang sejati..bak kata orang 'one in a million' kawan yang betul- betul sejati..Kawan yang betul-betul menghargai kita..Dalam hidup ini ada pelbagai jenis
kawan boleh kita jumpa...Ada kawan yang hanya muncul ketika kita gembira..Ada kawan yang sentiasa berada di samping kita..tak kira kita sedih..atau gembira...Ada kawan yang mengkhianati kawannya sendiri...Kita mestilah pandai menilai yang baik yang buruk dalam hidup kita..Jangan la sesekali salah memilih kawan...Dalam hidup kita..kita perlukan kawan.
Kawan la tempat kita berkongsi masalah...Kadang2 kawan kita inspirasi kita...Sebagai seorang pelajar..saya memerlukan kawan untuk study...untuk bergelak ketawa...Pokoknya..kawan memainkan peranan yang penting dalam hidup seorang pelajar selepas keluarga...Tapi kita janganlah sesekali melebihkan kawan kita...Kita haruslah meletakkan keluarga di tempat teratas..Bak kata orang putih..'family first'..Dalam hidup ini..kita memerlukan kedua-duanya..
Tanpa keluarga..hidup kita akan kacau bilau...tanpa kawan juga..hidup seharian kita sepi..
Nilai lah sendiri...Fikirkan yang terbaik untuk hidup kita...
Wassalam...

Thursday, June 5, 2008

Mukadimah...

Hidup ini pelbagai dugaan yang perlu kita tempuh...semuanya atas kesabaran kita untuk tempuhinya..Jika berbicara tentang hati pula...sukar diluahkan dan digambarkan bagaimana perasaan itu...Cinta itu sesuatu yang abstrak...Hanya seseorang pernah alami tahu bagaimana keadaan perasaan itu..Cinta itu ada banyak jenis..Cintakan Ilahi...Cintakan Ibubapa...Cintakan harta benda...Cintakan keluarga...Dan ramai alami Cinta sesama insan..iaitu penglibatan antara lelaki dan perempuan..Cinta ini sebenarnya ada baik dan buruknya...Kita jangan sesekali mencintai seseorang itu dengan sepenuh hati kita..kalau tak kita sendiri yang merana..kita sendiri yang terluka...Cinta yang berlandaskan Agama..adalah ikatan suci...Cintakan seseorang itu kerana Allah...InsyaAllah hubungan itu akan diberkati...Setiap kali kita memikirkannya..hati kita akan tenang dan kita juga sentiasa mengingati Allah ketika bersamanya...Namun jangan lah sesekali menangis kerana lelaki...Ia adalah sesutu yang tidak berfaedah..Jika kita menangis kerana Yang Maha Esa..ia sesuatu yang elok..Kita berserah la kepada Allah kerana jodoh pertemuan itu ketentuanNya..Kita hanyalah hambaNya yang kerdil...InsyaAllah jika ia sesuatu yang elok..ia akan diberkati dan lantas direstui Ibubapa mahupun masyarakat..tapi yang penting Allah menyukainya...Renungilah...
Wassalam...