Followers

Search This Blog

Thursday, April 14, 2011

Perempuan Memang Begini....


Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andain lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Thursday, March 31, 2011

nice girl????

huh!!! i hate that...really hate that!!!! why did everyone did it to me??? why they don't appreciate my effort??? dari dulu lagi macam nie....sampai hati...betul la orang kata,,kita jangan baik sangat nanti orang pijak kepala...yup...aku merasainya sekarang...mulai hari ini...aku kena tegas,,kena sabar...tak boleh jadi baik sangat..stop!!! you have to stop being a nice girl....piss off!!! sakit hati!!!! and 1 more thing!! tak de sorang pom yang support aku kala aku sedih....x de!!!!! awak tak layak bagi saya!!! saya sanggup tengok saya sedih....awak tak pernah support saya pun waktu saya sedih!!! tak pernah!!! manusia nie memang pentingkan diri sendiri.... lebih baik aku dok planet marikh la macam nie....senang!!! tak payah fikir pasal semua ini...everyone care on their own problem...ok fine!!! berhent fikir pasal orang lain....just mind yourself fifah!!!! i want to be alone now!!! mulai hari ini, fikir pasal diri...jangan fikir pasal orang lain...pentingkan diri anda!!!!

Monday, March 28, 2011

Jatuh Cinta????

cinta...??? apa itu cinta..???apa perasaan bila bercinta??? semua itu aku tak boleh jawab sebab aku tak tahu apa maksudnya cinta....aku tak pernah jatuh cinta...tak pernah merasai apa itu cinta...macam jatuh pokok ke...?? jatuh tangga..??? ahaks....semua itu sakit la....aku nak rasa tak keruan, mandi tak basah, tidur tak lena asyik teringatkan si dia, hilang selera makan....aku nak merasainya walau sekali...sepanjang hidup aku, aku tak pernah rasa macam tue...tak ada lelaki yang boleh buat aku betul-betul jatuh cinta kepadanya....aku tak pernah rasa rindu yang teramat...tak pernah...rindu kat anak-anak saudara tue pernah la...tidur tak lena sebab assignment,sebab exam pernah la....entah bila aku nak jatuh cinta???lelaki mana yang mampu buat aku tak keruan....???soalan itu aku tak boleh jawab sebab aku pun tak tahu.....cinta datang lah padaku!!!!

Diriku.....

diriku...emmm....apa yang aku suka, apa yang aku benci....???
aku suka kanak-kanak...tak kira sama ada dia comel atau tidak...aku suka tengok kanak-kanak...aku suka tengok dia bermain...tengok dia tidur...segalanya tentang kanak-kanak aku suka...aku pun suka kat kucing jugak....aku suka main dengan kucing...suka bagi dia makan....aku pun suka cakap dengan kucing walaupun aku tahu dia tak faham(hehehe...waras ke tak nie??) aku suka komik...komik jepun yang telah diterjemah....aku suka sangat2...kalau ikut bahasa jepun...aku nie jenis otaku...gila komik...hahahaha...teramat obses dengan komik.....nasib baik tak terikut macam komik tue...hohoho....aku sukakan muzik...suka bunyi gitar dan piano...best!!!!
apa yang aku benci....???kawan yang khianati kawannya...orang yang pentingkan diri...aku tak suka orang maki aku...contoh...' kau nie bodoh la...kau nie senget la' aku tak suka statement tue...sakit hati dan telinga.... aku pun tak suka lelaki yang suka menggatal...cakap direct...' can we have kiss tonight?' ewww...tak suka walaupun dalam mesej....benci....aku jenis tak suka benda2 tue...kiss aku hanya untuk suami halalku,,,kalau setakat couple tue...tolonglah...tak semestinya akan bersama...Allah lebih mengetahui....aku pun jenis sukar nak luahkan perasaan...jadi bagi sesiapa yang jatuh hati dengan saya...anda boleh luahkan perasaan anda...tapi jangan paksa saya untuk meluahkan perasaan kepada anda...saya akan mengambil masa yang lama...walaupun saya teramat suka dan sayang kepada seseorang itu...apa yang anda perlu buat...anda hanya perlu sabar...satu hari nanti...perasaan saya akan terluah jua...kasih itu tetap ada....yang penting setia, jujur dan sayang kepada saya...itu sahaja...

Monday, February 28, 2011

Siapa Aku??

Ada orang cakap aku manja...ahahaha...memang manja pom...maaf la pada sesiapa yang cakap aku nie gedik ke,'gelenya' ke...nak buat macam mana sejak dulu lagi saya macam nie..tak boleh nak ubah...dan tak tahu macam mana nak ubah..perangai aku memang macam ini...kawan-kawan lebih mengenali diri aku yang sebenar...
Ada yang cakap aku sombong...sombong ke...??sebenarnya aku tak tahu macam mana nak tegur orang...tak tahu macam mana nak peramah dengan orang...kalau tak tegur tue maaf teramat...bukan sengaja....
Aku tak suka berkeseorangan...benci...aku akan cari jugak peneman...
Aku jugak mudah cemburu dengan orang..tak boleh tengok orang yang aku sayang rapat dengan orang lain...mula la nak cemburu dan tarik muncung...lepas tue,,,angin kus2 pun datang....
Sekali aku rapat dengan seseorang tue akan akan rapat buat selamanya...aku susah nak melupakan orang yang rapat dengan aku..bukan macam sesetengah orang tue...rapat sekejap jew lepas tue rapat dengan orang lain pulak...bukan cara aku...
Aku seorang yang sensitif...mudah tension...contohnya,kalau la buah hati aku tak balas mesej..mula la nak tutup telefon....tapi mudah sejuk..hahaha....kejap je,,tak lama....
tapi sekali aku benci aku tak akan benci buat selamanya...aku mudah simpati kat orang...
lembut la kononnya....
kesimpulannya,tak kenal maka tak cinta...jadi kenal2 la diri ini...(^_^)

Friday, February 18, 2011

rindu kat superhero!!!!

ahaks....lama x dengar cite superheroku 2...dulu sekali seru dah datang,,sekarang sejuta kali seru pom belum tentu dia datang...agaknya dia kecik hati kot...ye la,,tak layan dia kan...rasa sedih pulak tak de tempat mengadu nie...ahaks...dulu boleh jugak ngadu masalah..sekarang tak lagi...huhu...nak mengadu kat buah hati rasa x selesa pulak.....kita memerlukan kawan2 lebih dari kekasih...cedey...aku bersyukur sangat Allah kurniakan sahabat yang baik walaupun aku selalu buat perangai kat diorang..tapi diorang sabar...terima kasih buat semua sahabatku!!!!

Monday, February 14, 2011

Aku sedih....

emm.....sedih sedih dan sedih....nie semua gara-gara cite korea...arghh...nangis lagi....
'awak boleh saya tanya sesuatu..? awak sanggup tak korbankan segalanya untuk saya? awak sanggup tak gadaikan keegoan awak untuk saya...? emm...awak tak memahami saya...saya lebih suka memendam...kalau beritahu saya tak rindukan awak tak sayangkan awak...maknanya memang saya rindukan awak dan sayangkan awak...saya susah nak mengakuinya...tapi saya tak suka kalau awak tak pedulikan saya...setiap kali saya sedih...nak nangis tak de siapa yang peduli....tak siapa peduli perasaan saya...saya sedih....saya tak suka hidup sorang2...kenapa orang selalu buat saya sedih??? kenapa...?? saya kecewa...kalau macam tue awak pom suka tengok saya sedih kn...?? terima kasih banyak2...

Friday, February 11, 2011

d'Masiv - Merindukanmu

emmmm

emmm....malam nie ak ternampak dye...hahaha...rasa tetiba rindu plak kat die...padahal dye nie playboy...tapi lama jugak tak dengar berita dia...malam nie ak rasa berbeza sangat...jatuh hati padanya??? tidak!!!! aku tak kan curang dengan dia...walaupun hati aku tak dapat terima dia sepenuhnya...masih berusaha untuk menerima dirinya dalam diriku...tapi kenapa malam nie aku harap sangat bertemu dgn dye...nk suh dye tegur ak...hahaha...betul tak kau nie fifah..??? entah...aku pom tak faham nape aku nak sangat dye tegur ak...nak terung terang dengan dye,kenapa aku b'sikap x layan kt dye...aku t'kilan..nape dye x gtaw ak yang dia couple ms 2...ak kecewa...ak x fhm...saat dia nk tarik minat ak kt dye, dye yg memusnahknnya...awk x faham sy...awk slalu cakap ngn prmpn2 lain...awk friendly ngn diowg...sy x dpt terima,saat awk nk suh sy jd tmn istimewa awk..sy fikir awak buat cm tue...awk kne ingat,,perempuan nie dia cemburu tengok lelaki tue terlalu mesra dengan perempuan lain...sy dgr cite dr kwn sy,yg awk nk pikat kawan yang 1 kursus dgn saya...saya kecewa...sy rasa macam awk nak main-mainkan saya....1 lagi saya nak awak tahu yang saya tak suka sangat awk ajak saya keluar...saya segan...saya malu..saya tak boleh berdepan dengan awk...saya nak minta maaf dengan awk kalau selama kita kenal saya mengguriskan hati awak...
Awak..teman istimewa sy buat masa sekarang,saya rasa saya perlu b'terus terang dengan awk psl dye...dye p'nh hadir dalam hati saya sebelum awk...dye x p'nah padam dr fikiran sy...kne jujur dengan awk...akan cuba terima awk..tapi bkn sepenuhnya..sy takut sy kecewa 6t....

Friday, January 7, 2011

Dugaan.....

Saat aku mendapat mesej daripada bonda, aku tergamam,terkedu tak percaya isi kandungannya...jam 11 atuk aku atau lebih dikenali che' telah kembali ke rahmatullah...baru sekejap aku meninggalkan rumah,tak sampai seminggu pun...semuanya berlaku terlalu drastik buat aku...sedih yang teramat...sampai air mata mengalir dengan sendiri...aku tak dapat menahannya...everything have been tough for me...nak balik bonda tak bagi...hanya satu cara je yang dapat mengubat hati ini..dengan membaca yaasin untuk arwah...memang terkilan....
Alfatihah untuk arwah...semoga arwah ditempatkan di tempat para solihin...amin...