Followers

Search This Blog

Monday, June 18, 2012

Kembali Menulis

Salam kembali. Ya, saya telah men'delete' blog ini dan saya 'undelete' blog ini. Perasaan sayang mulai timbul apabila terfikirkannya. Saya akan kembali menulis di blog yang kian bersarang ini. Hari ini saya mahu buang segala sarang-sarang labah-labah dan seangkatan dengannya. Blog ini mempunyai kenangan yang tersendiri. Kenangan yang tak mungkin saya lupakan dan sentiasa terpahat di hati walaupun secara zahirnya saya mahu menyembunyikannya. Lagipun blog ini hanya nukilan hati seorang insan yang serba kekurangan, ada cacat celanya. Saya akan kembali menulis, tapi bukan kerap. Mungkin blog ini akan dibiarkan berhabuk.

P/S: Masih keliru dengan status hati.

Dicatat pada 18062012

Wednesday, March 28, 2012

Ketidakpercayaan

Assalamualaikum. Dah lama tak menulis. Sangat sibuk menulis blog yang lain. Mungkin ini entry terakhir bagi blog ini. InsyaAllah kali ini serius. Saya akan memulakan episod baru dalam hidup. Kenangan lama akan diluputkan daripada fikiran. Kenangan itu wajar dilupuskan daripada ingatan kerana ia amat menyakitkan. Silap diri sendiri. Bukan silap sesiapa. Kita telah letak kepercayaan kepadanya tapi dia khianati. Amat perit dan terkilan. Tapi siapalah kita. Tidak bermakna buat sesiapa. Hanya insan yang lemah dan mempunyai kekurangan. Saat kepercayaan mulai berputik. Saat itu juga ia punah disimbah api. Hati ini tekad. Selepas ini hati ini tidak akan mudah percaya lagi. Hati ini akan jadi batu. Hati ini sering dilukai. Mungkin sudah masanya ia menjadi seperti batu. Mungkin diri ini akan berubah. Mungkin hati ini akan menidakkannya, tapi fikiran akan tetap berkata Ya. Tiada alasan lagi. Hati ini akan tertutup rapat. Ia hanya akan terbuka bila Allah akan membukanya dan merasakan seseorang itu layak untuk berada di hati ini. Hati ini lemah. Hati ini kecewa. Diri ini tak akan biarkan hati ini dilukai lagi. Tiada lagi. Panas dan perit teras di dada. Kepala terasa dipenuhi saraf yang amat menyakitkan kepala. Panas. Dalamnya sakit ini hanya Allah mengetahuinya. Duhai hati, saat ini berjanjilah yang hati ini akan menjadi batu! Keras seperti orang yang tiada perasaan! Ini sekadar luahan yang amat menyakitkan jiwa. Menyesakkan dada. Terima kasih kerana melukai hati saya! Kerana anda hati ini akan jadi seperti batu. Tidak akan menerima sesiapa lagi! Terima kasih!

p/s : Blog ini akan ditutup dalam masa 8 minggu bersamaan akaun Facebook. Sekian terima kasih!!!

Wednesday, January 11, 2012

Different Person

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Buat pertama kali dalam hidup saya delete dua account hari nie. So, saya pun tak teragak-agak nak delete blog nie bila saya rasa perlu. Saya dah penat. Malas. Tension. Semua feeling sedih je ari nie. Sorry a lot. I can't smile today!

Tuesday, January 10, 2012

Buat Seorang Sahabat

Tajuk yang sama pada blog dia. Buat pengetahuan dia, saya tak pasti lagi sama ada nak tutup blog nie atau tak. Blog nie pun tak ramai follower. So, tak de effect sangat. Tak ada orang pun nak follow. Lagipun blog nie blog merapu. Tak ada yang menarik pun. Rasanya coursemate saya pun ada baca blog nie. Saya pun tak kenal siapa dia. Curious jugak nak tahu. Siapa agaknya orang tue ek?? Nak investigate, saya bukan pakar sangat siasat nie. Cerita Detektif Conan pun tengok jarang-jarang. Kesimpulannya, saya tak tahu tapi teringin nak tahu hal sebenar.

Sunday, January 8, 2012

Nak delete la Blog nie....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Aik? wat statement gempak? Maybe saya akan delete blog nie. Saya tak nak perasaan yang lalu menganggu perasaan saya sekarang. Amat tidak suka. Lagipun ramai yang salah faham perasaan. Nie semua pasal blog nie. Saya la nie. Buat post and entri entah apa-apa. So, untuk mengelakkan silap faham. Better la saya buang semua nie. Lagipun hanya kawan-kawan yang rapat dengan saya memahami perasaan saya sekarang nie. Semua tue kenangan. Lagipun perasaan itu mungkin hanya mainan semata-mata. Yes, that's all.

Tuesday, January 3, 2012

Lembaran baru....

Dah lama tak buat entri kat blog nie...huhuhu..actually nak delete blog nie...kenangan lama. Dah tak nak kenang. Nak bagi peluang kenangan baru tercipta. Saya amat gembira sekarang. Dah tak sedih lagi. Mungkin episod baru dalam hidup ini baru bermula. InsyaAllah semua yang baik-baik. Rasanya belum terlambat nak pasang azam baru bagi tahun 2012 nie. Apa ek azam baru? Nak dapat best result dalam exam kot dan sentiasa tersenyum walau dalam kesedihan. Banyak peristiwa yang bakal berlaku tahun nie. InsyaAllah. 2011 merupakan kenangan pahit yang tidak akan luput di ingatan. 2012 menanti dengan penuh ceria dan senyuman. Saya akan terus senyum. Anda jangan terpikat pulak dengan senyuman itu. ^_^

KEEP ON SMILING (^_^)