Followers

Search This Blog

Wednesday, March 28, 2012

Ketidakpercayaan

Assalamualaikum. Dah lama tak menulis. Sangat sibuk menulis blog yang lain. Mungkin ini entry terakhir bagi blog ini. InsyaAllah kali ini serius. Saya akan memulakan episod baru dalam hidup. Kenangan lama akan diluputkan daripada fikiran. Kenangan itu wajar dilupuskan daripada ingatan kerana ia amat menyakitkan. Silap diri sendiri. Bukan silap sesiapa. Kita telah letak kepercayaan kepadanya tapi dia khianati. Amat perit dan terkilan. Tapi siapalah kita. Tidak bermakna buat sesiapa. Hanya insan yang lemah dan mempunyai kekurangan. Saat kepercayaan mulai berputik. Saat itu juga ia punah disimbah api. Hati ini tekad. Selepas ini hati ini tidak akan mudah percaya lagi. Hati ini akan jadi batu. Hati ini sering dilukai. Mungkin sudah masanya ia menjadi seperti batu. Mungkin diri ini akan berubah. Mungkin hati ini akan menidakkannya, tapi fikiran akan tetap berkata Ya. Tiada alasan lagi. Hati ini akan tertutup rapat. Ia hanya akan terbuka bila Allah akan membukanya dan merasakan seseorang itu layak untuk berada di hati ini. Hati ini lemah. Hati ini kecewa. Diri ini tak akan biarkan hati ini dilukai lagi. Tiada lagi. Panas dan perit teras di dada. Kepala terasa dipenuhi saraf yang amat menyakitkan kepala. Panas. Dalamnya sakit ini hanya Allah mengetahuinya. Duhai hati, saat ini berjanjilah yang hati ini akan menjadi batu! Keras seperti orang yang tiada perasaan! Ini sekadar luahan yang amat menyakitkan jiwa. Menyesakkan dada. Terima kasih kerana melukai hati saya! Kerana anda hati ini akan jadi seperti batu. Tidak akan menerima sesiapa lagi! Terima kasih!

p/s : Blog ini akan ditutup dalam masa 8 minggu bersamaan akaun Facebook. Sekian terima kasih!!!

No comments: