Followers

Search This Blog

Monday, June 18, 2012

Kembali Menulis

Salam kembali. Ya, saya telah men'delete' blog ini dan saya 'undelete' blog ini. Perasaan sayang mulai timbul apabila terfikirkannya. Saya akan kembali menulis di blog yang kian bersarang ini. Hari ini saya mahu buang segala sarang-sarang labah-labah dan seangkatan dengannya. Blog ini mempunyai kenangan yang tersendiri. Kenangan yang tak mungkin saya lupakan dan sentiasa terpahat di hati walaupun secara zahirnya saya mahu menyembunyikannya. Lagipun blog ini hanya nukilan hati seorang insan yang serba kekurangan, ada cacat celanya. Saya akan kembali menulis, tapi bukan kerap. Mungkin blog ini akan dibiarkan berhabuk.

P/S: Masih keliru dengan status hati.

Dicatat pada 18062012

No comments: